Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 81 peserta hadiri taklimat mengenai pengurusan buaya
  • TEMPATAN

81 peserta hadiri taklimat mengenai pengurusan buaya

Utusan Sarawak 7 months ago

TAKLIMAT... Sebahagian peserta menghadiri sesi taklimat mengenai pengurusan aktiviti memburu, menjual dan mengeksport buaya di Miri

MIRI: Seramai 81 orang yang termasuk pemegang lesen buaya dan orang awam menghadiri sesi taklimat eksklusif mengenai pengurusan aktiviti memburu, menjual dan mengeksport buaya.

Ia dianjurkan Seksyen Pengurusan Buaya, Bahagian Penguatkuasaan dan Perlindungan serta Seksyen Perlesenan dan Permit, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di sini semalam.

Menurut kenyataan SFC, objektif utama sesi taklimat adalah bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan dalam pengurusan aktiviti memburu, menjual dan mengeksport buaya.

Ia juga bertujuan untuk pendedahan kepada terma dan syarat lesen baharu dan juga prosedur permohonan bagi aktiviti-aktiviti tersebut.

Turut hadir Pengawal Hidupan Liar, Abang Arabi Abang Aimran dan Ketua Seksyen Penguatkuasa SFC Miri, Peter Buga.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Seksyen Permit, Perlesenan dan Pendaftaran, Rudolf Grang Mudit dan Ketua Seksyen Pengurusan Buaya, Dr. Izwan Zulaini.

Continue Reading

Previous: Belia perlu aktif aktiviti Sains, Teknologi dan InovasiĀ 
Next: Tekankan aspek pendekatan 7K

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.