Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 596 pek bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas banjir
  • Utara
  • WILAYAH

596 pek bakul makanan diagihkan kepada penduduk terjejas banjir

Utusan Sarawak 5 months ago
BAKUL MAKANAN… Abang Ahmad (tengah) menyaksikan penyerahan bakul makanan kepada penduduk Rumah Tip, Kampung Semena. 

LIMBANG: Sejumlah 596 pek bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk Rumah Tip,Kampung Semena yang terputus hubungan susulan banjir baru-baru ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata, bantuan diagihkan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Limbang bersama pihak pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Limbang ke kawasan itu bermula 9.00 pagi, semalam.

“PKMB Limbang bersama pihak APM Limbang telah mengagihkan bantuan bakul makanan sebanyak 596 pek pada Rabu (semalam) kepada mangsa yang terputus hubungan pada susulan banjir baru-baru ini.

“Bantuan bakul makanan telah diagihkan dan diserahkan kepada Tuai Rumah Tip, Kampung Semena untuk diagihkan kepada semua penduduk yang terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penghantaran bakul makanan itu dilakukan menggunakan dua kenderaan masing-masing daripada PKMB Limbang dan APM Limbang.

Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Limbang Abang Ahmad Ibrahim Abang Abdul Rahman.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dibaham buaya di Asajaya
Next: Kejayaan KPDN tangani isu hasil kerjasama bersama media

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.