Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 546 penerima terima sumbangan TBC
  • Tengah
  • WILAYAH

546 penerima terima sumbangan TBC

Utusan Sarawak 4 months ago
TERIMA KASIH… Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan sumbangan kepada penerima bantuan bulanan kebajikan Bahagian Sarikei.

SARIKEI: Seramai 546 penerima bantuan bulanan kebajikan Bahagian Sarikei menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.

Manakala, 100 penerima bantuan bulanan kebajikan yang hadir ke majlis perasmian Program Sejambak Kasih TBC 2025 Bahagian Sarikei menerima bantuan wang tunai sebanyak RM100 dan hamper bernilai RM80 setiap seorang.

Selain itu, penerima bantuan bulanan yang hadir turut menerima wang tunai berjumlah keseluruhan RM5,000 daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

UNTUK ALBUM… Dato Sri Fatimah Abdullah, Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali, Pemanca Chan Phan Chan, Noorhayati Abdul Rahman dan Uwieng Gimos bergambar bersama penerima bantuan bulanan kebajikan Bahagian Sarikei.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, objektif program adalah untuk memberikan keceriaan dan kegembiraan kepada penerima bersempena musim TBC.

“Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei telah merekodkan seramai 546 penerima bantuan bulanan kebajikan berbangsa Cina telah dikenal pasti bagi Bahagian Sarikei.

“Namun majlis pada hari ini berdasarkan kemampuan fizikal dan mobiliti penerima dan hanya yang dapat dijemput seramai 100 penerima.

“Manakala yang selebihnya akan disalurkan melalui akaun bank untuk membantu sedikit sebanyak beban dan menggembirakan penerima apabila tibanya musim perayaan TBC,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut di Pusat Inovasi Sarikei (SIC), hari ini.

Beliau juga bersyukur kerana Dato’ Sri Huang Tiong Sii turut menyumbang wang tunai kepada penerima bantuan yang hadir.

Katanya, ia melambangkan kerjasama dan perpaduan yang kukuh di Sarawak.

“Inilah keunikan yang ada di Sarawak kerana ada kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang prihatin menambah nilai apa yang kita berikan.

“Saya juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak dalam membantu meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Khususnya kepada golongan rentan yang mana mereka memerlukan sokongan kuat dari segi moral dan psikologi serta emosi dalam membantu kelangsungan hidup bagi meneruskan kehidupan harian seperti ini, selain kerjasama strategik bersama-sama dengan jabatan dan agensi-agensi yang ada seperti sekarang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali; Pemanca Chan Phan Chan mewakili Datoʼ Sri Huang Tiong Sii; Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Noorhayati Abdul Rahman dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei, Uwieng Gimos.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keadaan banjir pulih tetapi beberapa bilik rosak
Next: SPA buka pusat temu duga di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.