Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 53 pelatih PDK Sarikei terima sumbangan
  • Tengah
  • WILAYAH

53 pelatih PDK Sarikei terima sumbangan

Utusan Sarawak 3 months ago
UNTUK ALBUM… Rabihah Chik bergambar bersama warga PDK Sarikei.

SARIKEI: Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang bakal menjelang tiba membawa sinar kegembiraan buat seramai 53 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sarikei apabila menerima sumbangan bernilai keseluruhan RM2,650 daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Bahagian Sarikei.

Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang ini diserahkan dalam sebuah majlis ringkas di PDK Sarikei, baru-baru ini.

TERIMA KASIH… Pelatih PDK Sarikei menerima sumbangan daripada Rabihah Chik.

Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei, Rabihah Chik, hadir menyampaikan sumbangan tersebut, membawa mesej keprihatinan dan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan ini merupakan usaha pihak MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei untuk memastikan pelatih PDK turut merasai kemeriahan sambutan TBC bersama keluarga masing-masing.

Majlis penyerahan turut dihadiri oleh Penyelia PDK Sarikei, Ching Sai Ling dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sarikei, Ainur Yazmin Zaini.

Inisiatif ini jelas membuktikan komitmen MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei dalam menyokong komuniti dan memastikan tiada individu yang terpinggir, terutamanya golongan istimewa seperti pelatih PDK.

Dalam suasana penuh mesra dan kasih sayang, sumbangan ini menjadi lambang keprihatinan masyarakat untuk terus bersatu hati, membantu mereka yang memerlukan sempena perayaan yang penuh bermakna ini.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MAKSAK Sarikei santuni pelatih PDK sempena Tahun Baharu Cina
Next: Berhati-hati memandu ketika balik kampung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.