Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 51 motosikal diperiksa, lapan disita dalam Op Bersepadu di SMK Asajaya
  • Selatan
  • WILAYAH

51 motosikal diperiksa, lapan disita dalam Op Bersepadu di SMK Asajaya

Utusan Sarawak 3 hours ago
DIPERIKSA… Sebanyak 51 motosikal dan 66 individu diperiksa dalam Op Bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 51 motosikal dan 66 individu diperiksa dalam Op Bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Barry William berkata sebanyak 38 keping saman PDRM (K) 257 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

DIPERIKSA… Sebanyak 51 motosikal dan 66 individu diperiksa dalam Op Bersepadu yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Asajaya, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi tersebut, lapan motosikal turut disita di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Operasi ini bertujuan meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya khususnya dalam kalangan pelajar selain memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” katanya.

Menurut beliau, operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai dan tujuh anggota BSPT dengan bantuan dua anggota Balai Polis Asajaya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Setitik darah mampu selamatkan sehingga tiga nyawa
Next: Fasa 1 projek bangunan baharu MPP selesai, tapak kini sedia dibangunkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.