Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 peserta SPK Hulu Kabong kini miliki lot rumah
  • WILAYAH

50 peserta SPK Hulu Kabong kini miliki lot rumah

Utusan Sarawak 2 months ago
SERAMAI 50 peserta SPK Kampung Hulu Kabong fasa satu semasa menghadiri sesi cabut undi, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Seramai 50 peserta Skim Pembesaran Kampung (SPK) Hulu Kabong fasa satu berjaya mendapat lot rumah masing-masing di bawah Program Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata baki yang tidak berjaya pula perlu menunggu fasa seterusnya. 

“Untuk makluman bersama, status terkini rumah di HDC sudah siap sebanyak 60 peratus,” katanya semasa menghadiri sesi cabut undi SPK Kampung Hulu Kabong fasa satu, di sini hari ini.

Chee Kadir berkata, projek SPK Kampung Hulu Kabong lebih tersusun dengan menggunakan pendekatan baharu seperti penambahbaikan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya, yang dahulunya hanya jalan batu, kini dinaik taraf kepada jalan berturap.

“Turut ditambah baik ialah lot-lot yang dahulunya diagihkan tanpa ditimbus atau tembok dan sistem perparitan di dalam skim dahulu telah ditambah baik dengan parit konkrit.

“Semua kos tembok, jalan raya, parit konkrit ini ditanggung oleh kerajaan Sarawak,” katanya.

JELASKAN… Dato Mohd Chee Kadir semasa menghadiri sesi cabut undi SPK Hulu Kabong, hari ini. Foto ADUN Kabong

Tambah Chee Kadir, ini adalah satu cara dan inisiatif beliau bagi membantu masyarakat terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bagi memiliki kediaman sendiri dan berharap agar perancangan ini akan berjaya membantu rakyat menikmati kediaman sendiri.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pusat GiatMARA Sri Aman agih 400 bubur lambuk
Next: Empat loji rawatan air henti operasi akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.