Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 4WD terbalik langgar pembahagi jalan
  • KEMALANGAN

4WD terbalik langgar pembahagi jalan

Utusan Sarawak 1 month ago
TERBALIK… Keadaan kenderaan yang dinaiki dua mangsa selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo Saratok-Sarikei, hari ini. Foto PGO Bomba

ROBAN: Seorang pemandu dan penumpangnya terselamat apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka terbalik selepas melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan kendiri di Lichok di Jalan Pan Borneo Saratok-Sarikei, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan berhubung kemalangan tersebut sekitar 9.20 pagi.

BERSIHKAN LOKASI… Anggota bomba semasa melakukan operasi pembersihan lokasi kemalangan melibatkan sebuah 4WD di Jalan Pan Borneo Saratok-Sarikei, hari ini. Foto PGO Bomba

Katanya, seramai enam anggota BBP Saratok yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Abdul Rahman Sabi telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Didapati berlakunya kemalangan kendiri melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna hitam telah melanggar pembahagi jalan dan terbalik di atas pembahagi jalan, melibatkan dua mangsa lelaki.

“Seorang selamat dan seorang cedera ringan, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Saratok oleh ambulans hospital tersebut,” katanya.

PGO berkata pasukan bomba tidak membuat sebarang kerja-kerja penyelamatan dan hanya melakukan pembersihan tumpahan minyak dan sisa-sisa kemalangan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dua motosikal bertembung
Next: Dinding bangunan kedai runtuh di Jalan Padungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.