Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 48 PPS bakal diaktifkan
  • TEMPATAN

48 PPS bakal diaktifkan

Utusan Sarawak 4 years ago
SIDANG MEDIA… Dr. Annuar Rapa’ee (kanan) bersama Charles Siaw (kiri) pada sidang media di Pejabat Residen Bahagian Sibu, semalam.

SIBU: Sebanyak 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di bahagian Sibu akan diaktifkan sebagai persediaan menghadapi musim monsun timur laut yang bermula November hingga Februari 2021.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian (JPBPB) Sibu, Dr. Annuar Rapa’ee berkata, PPS berkenaan merangkumi 25 daerah di Sibu, 17 di Kanowit dan enam di Selangau.

“Objektifnya adalah untuk bersedia menghadapi musim monsun ini,” katanya pada sidang media selepas mengetuai mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat bahagian di Pejabat Residen Bahagian Sibu, semalam.

Tambah Annuar, persediaan ini turut mengambil kira pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau juga berkata, kawasan rendah di Daerah Sibu antara yang berisiko banjir kerana bukan sahaja berada di kawasan rendah, tetapi juga risiko hujan di kawasan hulu sungai.

“Selain hujan lebat di Sibu, Sibu turut mempunyai dua punca banjir iaitu kawasan rendah dan limpahan air hujan di kawasan Baleh, Kapit dan Belaga yang akan sampai ke Sibu melalui Sungai Batang Rajang dalam masa dua atau tiga hari.

“Sebab itu kita telah meminta jawatankuasa kita di Daerah Kapit supaya memaklum kita lebih awal sekiranya berlaku hujan lebat di kawasan mereka agar kita dapat bersiap sedia lebih awal,” katanya.

Di samping itu, beliau juga meminta pihak Jabatan Pengairan dan Saliran supaya memantau sistem perparitan agar tidak ada yang tersumbat yang boleh menyumbang kepada berlakunya banjir kilat.

Terdahulu, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw yang juga Pengerusi JPBPB Sibu berkata, terdapat 27 kawasan berisiko banjir bagi Bahagian Sibu iaitu 12 di daerah Sibu, lapan di Selangau dan enam di Kanowit.

“Pusat pemindahan akan dibuka apabila diperlukan dan bilik operasi juga kini sudah bersiap sedia,” katanya.

Bilik Operasi boleh dihubungi di talian 084-321963/ 084-330202.

Oleh NURZILLA MOHAMAD

Continue Reading

Previous: Bas RM1 ‘hidup semula’
Next: Kerajaan komited capai negeri maju 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.