IPD Serian dan Kuching catat IPU tidak sihat, kebanyakan kawasan kekal tahap sederhana

Facebook
WhatsApp
IPD Serian mencatatkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak iaitu 152, manakala Kuching turut mencecah tahap tidak sihat dengan bacaan 107.

KUCHING, 5 Oktober: IPD Serian dan Kuching merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada kategori tidak sihat setakat 6.00 petang tadi, masing-masing dengan bacaan 152 dan 107.

Bagaimanapun, kebanyakan kawasan lain di Sarawak kekal mencatat bacaan pada tahap sederhana, termasuk Samarahan (95) dan Betong (95).

Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan sederhana ialah Sarikei (87), Miri (87), Kanowit (85), Sibu (82), Lubok Antu (82), Sri Aman (81), Bintulu (79), Samalaju (79), Mukah (77), Tebedu (77), Bario (74), ILP Miri (74), Lundu (92), Kapit (70), Lawas (67), Limbang (66), dan Belaga (100).

Menurut nota status IPU NREB Malaysia, bacaan tersebut dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter yang paling dominan.