Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 456 warga emas terima vaksin
  • TEMPATAN

456 warga emas terima vaksin

Utusan Sarawak 4 years ago
PEMERIKSAAN…Ir Ahmad Denney kelihatan mengarahkan pihak berkenaan untuk memastikan aspek keselamatan dan keselesaan penerima suntikan vaksin diberi keutamaan segera.

LIMBANG: Seramai 456 warga emas di daerah ini melibatkan lingkungan umur 60 hingga 102 tahun akan menerima suntikan vaksin dos pertama di bawah Program Imunisasi Covid-19 di Dewan Suarah Limbang selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad.

Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi  berkata, sebanyak 34 petugas dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Limbang dibantu tujuh sukarelawan My Vac dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang terdiri daripada belia tempatan akan bertugas bagi memastikan kelancaran sepanjang Program Imunisasi Covid-19 (fasa satu) melibatkan golongan itu.

Ahmad Denney berkata, lagi daripada 456 warga emas yang terlibat, 228 orang akan menerima suntikan vaksin pada Sabtu dan 228 lagi akan menerima suntikan sama pada Ahad.

Bagi tujuan itu jelasnya sebanyak 10 kerusi roda disediakan serta , kemudahan kipas angin untuk kemudahan warga emas melalui bantuan JKR.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 67 peratus penduduk di  bahagian Limbang sudah mendaftar program vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bagi bersama-sama mengekang penularan Covid-19.

Ir Ahmad Denney yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang ditemui media sewaktu melakukan pemeriksaan terhadap kesiapsiagaan para petugas KKM dan Sukarelawan My Vac di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Suarah Limbang.

Mengiringi beliau ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian  Noor Ismail Razali, Pegawai Perubatan Hospital Limbang Nurul Aqma Ismail dan Pegawai Belia dan Sukan Margaret Sawing.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: MBKS terima anugerah
Next: 76 bungkus bubur lambuk diagihkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.