Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 43 keluarga KUSIA terima bantuan kemanusiaan
  • TEMPATAN

43 keluarga KUSIA terima bantuan kemanusiaan

Utusan Sarawak 5 years ago
AHLI KUSIA merakam gambar kenangan bersama selepas menerima sumbangan daripada MRCS.

KUCHING: Sebanyak 43 keluarga daripada Kuching Spinal Injuries Association (KUSIA) menerima bantuan kemanusiaan yang disalurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), semalam.

Pengerusi KUSIA, Jimmy Siang berkata amat menghargai bantuan yang disalurkan terutamanya di saat kritikal ketika pandemik Covid-19 ini.

“Kami amat berterima kasih kepada PBSM kerana membantu kami iaitu sebanyak 43 keluarga yang telah dipilih bagi menerima bantuan ini.

“Kami juga amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memberikan sumbangan kepada ahli persatuan kami ini,” katanya semasa Majlis Penyerahan Kit Keluarga di sini.

Kit Keluarga yang disumbangkan adalah berupa bantuan kemanusiaan seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya.

Ketika ditemu bual, Jimmy berkata setakat ini walaupun sudah memohon, KUSIA masih belum mempunyai bangunan persatuan sendiri.

“Setiap kali kami mengadakan aktviti bersama-sama ahli yang lain, kami akan menggunakan bangunan Persatuan Orang Cacat Sarawak kerana kami juga ahli persatuan ini,” ujarnya.

Beliau berkata KUSIA yang mula ditubuhkan pada 2006, kini mempunyai seramai 82 ahli seluruh Sarawak.

“Setiap tahun kami juga mempunyai pelbagai aktviti bersama seperti wheelchair camp, scuba diving dan sebagainya,” kata Jimmy.

Pada majlis,seramai 29 ahli telah hadir untuk menerima bantuan tersebut manakala 14 ahli lagi akan menerima bantuan melalui penghantaran ke rumah oleh pihak PBSM.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Pergerakan antara bahagian di Kuching, Samarahan tidak digalakan
Next: Hilang sekelip mata dibaham sang bedal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.