
MARUDI: Seramai 424 pelajar SMK Marudi menerima pengiktirafan 2024 sempena majlis Anugerah kecemerlangan SMK Marudi yang diadakan di Dewan Suarah Marudi, hari ini.
Pengetua sekolah, Mohd Effendi Panglima berkata majlis Anugerah Kecermlangan ini antara objekifnya adalah mengiktiraf dan meraikan segala aspek kemenjadian pelajar SMK Marudi dalam pelbagai bidang secara menyeluruh.
Katanya, majlis ini diraikan kejayaan semua pelajar daripada Tingkatan satu hingga Tingkatan empat dan Tingkatan enam Rendah 2024.
Antara pengiktirafan yang disampaikan ialah Pengiktirafan Kokurikulum (91 pelajar), Pengiktirafan Sahsiah (78 pelajar), Pengiktirafan Kepimpinan (99 pelajar) dan Pengiktirafan Utama (5 pelajar).
“Kita juga mengambil peluang ini mengiktiraf sumbangan rakan-rakan strategik sekolah yang bersama-sama menyumbang kepada kejayaan sekolah, katanya ketika berucap di majlis Anugerah Kecemerlangan SMK Marudi yang dirasmikan Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau.
Lebih membanggakan kata Mohd Effendi ialah keputusan rasmi SPM 2024 menyaksikan pencapaian 97.53 peratus daripada 151 calon layak mendapat sijil SPM mengatasi layak sijil negeri dan kebangsaan dengan gred purata sekolah 4.95.
Katanya, ini menempatkan SMK Marudi sebagai antara yang terbaik dalam daerah Baram bagi sekolah ramai calon.
Menurut beliau, peningkatan layak sijil SPM berterusan sejak bermula langkah strategik kecemerlangan lima tahun yang bermula 2022.
“Untuk dua tahun berturut kita berjaya mengekalkan kualiti SPM di bawah gred purata 5, dan terbaik dalam sejarah SPM Marudi,” ujarnya.
Tegasnya, SPM yang lepas menyaksikan seorang pelajar mendapat straight 9A dan seorang straight 8A dan 19 pelajar mendapat 5A ke atas.
Tambah beliau, pihak sekolah komited meneruskan langkah kecemerlangan bagi keputusan yang lebih cemerlang bagi SPM 2025.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa bagi prestasi pelajar pribumi (Penan), SPM 2024 turut menyaksikan 100 peratus calon Pribumi mendapat layak sijil SPM iaitu seorang mendapat 5A, tiga pelajar (2A) dan tiga pelajar (1A).
Mohd Effendi turut merakam penghargaan kepada ibubapa dan PIBG atas sokongan serta bantuan sepanjang perjalanan kejayaan 2024.
Justeru, pihak sekolah juga merakamkan terima kasih kepada pejabat Premier Sarawak MEITD, Yayasan Sarawak, SOPB, Samling, Saracarbon, PPD Baram, Hornbill Foundation dan lain-lain agensi serta korporat yang menjadi rakan kejayaan sekolah.
Oleh Jiku Juguong