KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus berkurang, dengan 9,517 orang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat 4.00 petang tadi.
Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah tersebut membabitkan 2,806 Ketua Isi Rumah (KIR).
Menurutnya, sebanyak 42 PPS masih beroperasi di 23 daerah yang terjejas manakala 39 PPS telah ditutup.
Dalam pada itu, Bintulu masih mencatat jumlah tertinggi, dengan 4,744 orang daripada 1,415 KIR berlindung di sembilan PPS.
Sementara itu, Bahagian Miri merekodkan bilangan PPS terbanyak yang masih dibuka, iaitu 13 buah, menempatkan 1,466 orang melibatkan 367 KIR.
Oleh Mohd Neenatul Aizal