4 Jun diisytihar cuti umum tambahan di Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan bahawa Rabu, 4 Jun 2025 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Perkhidmatan Awam negeri ini.

Pengisytiharan ini turut melibatkan Badan-Badan Berkanun Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Sarawak.

Keputusan ini dibuat berikutan pertindihan sambutan Hari Gawai Dayak dan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang jatuh pada 2 Jun 2025 (Isnin).

Hari Gawai Dayak merupakan perayaan penting bagi masyarakat Dayak yang disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun, manakala Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong merupakan hari kelepasan am peringkat kebangsaan.