Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 3,921 individu terjejas banjir masih berlindung di PPS
  • SEMASA

3,921 individu terjejas banjir masih berlindung di PPS

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak kekal terkawal dengan jumlah mangsa yang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatatkan sedikit peningkatan kepada 3,921 orang setakat 8.00 pagi ini.

Perubahan ini melibatkan pertambahan seorang mangsa berbanding 3,920 orang yang direkodkan pada 12.00 tengah malam tadi.

Secara keseluruhan, kebanyakan kawasan tidak menunjukkan perubahan ketara.

Sibu masih mencatatkan 983 mangsa, manakala jumlah di Sarikei dan Miri kekal masing-masing pada 13 dan 443 orang.

Di Bintulu, situasi juga tidak berubah dengan 1,868 mangsa yang masih ditempatkan di PPS.

Mukah, bagaimanapun, mencatat sedikit peningkatan apabila jumlah mangsa bertambah seorang kepada 614 orang, berbanding 613 sebelum ini.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak mahu reka satelit mesra alam ke atmosfera – Abang Johari
Next: Kerajaan Sarawak dijangka tandatangan perjanjian ambil alih MASwings 12 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.