Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 39 penghuni alami detik cemas
  • TEMPATAN

39 penghuni alami detik cemas

Utusan Sarawak 5 years ago
MEMANTAU… Pasukan APM Miri melakukan pemantauan di kawasan kejadian.
RETAK… Keadaan dinding dapur rumah retak akibat tanah runtuh dalam kejadian Jalan Meranti 1 ,Sungai Sukong Kampung Tunku Abdul Rahman Lambir,Miri.

LIONG CHAI LING

MIRI : Seramai 39 penghuni sebuah rumah panjang di Jalan Meranti 1 ,Sungai Sukong Kampung Tunku Abdul Rahman Lampir di sini, berdepan detik cemas apabila kediaman mereka retak akibat tanah runtuh, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kapten Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.51 petang.

Katanya,empat anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan penghuni rumah panjang tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati lima buah rumah yang dihuni seramai 39 orang mengalami keretakan di bahagian dinding dapur dan lantai di luar belakang rumah.

“Pemantauan di lokasi tanah runtuh masih dalam keadaan terkawal,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Katanya, hujan turun dengan lebat pada 26 April lalu dipercayai punca berlakunya tanah runtuh itu.

“Kami menasihati penghuni rumah panjag terbabit supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Continue Reading

Previous: PKP ‘aktifkan’ kemahiran melukis
Next: Jalan ditutup untuk hadkan pergerakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.