Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 warga PPDK Sarikei sertai latihan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

35 warga PPDK Sarikei sertai latihan kebakaran

Utusan Sarawak 7 months ago
PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti dijalankan di PPDK Sarikei. Foto BBP Sarikei 
 

SARIKEI: Seramai 35 orang warga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Sarikei menyertai program latihan kebakaran. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, PPgB Mahmudin Narudin berkata, program bermula pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

“Program latihan kebakaran ini merupakan anjuran PPDK Sarikei. 

“Saya bersama tiga anggota bomba hadir bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang program dijalankan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Tambahnya, antara aktiviti yang dijalankan termasuklah ceramah kesedaran keselamaran kebakaran, rawatan awal dan latihan tatacara pengungsian bangunan. 

“Aktiviti yang turut diadakan adalah pengenalan alat pemadam api dan latihan pengendalian kebakaran dapur memasak. 

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MPP aktifkan semula kempen ‘tiada beg plastik’
Next: Tindakan pantas polis berjaya selamatkan wanita cuba terjun dari bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.