KEKAL… Datuk Rosey Yunus merakam gambar bersama para kaunselor yang dilanjutkan pelantikan jawatan di Majlis Daerah Subis semalam.
BEKENU: Seramai 31 Ahli Majlis (Kaunselor) Majlis Daerah Subis (Bekenu) dilanjutkan pelantikan mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2022 depan.
Kesemua kaunselor terbabit diberi lanjutan dan pelantikan semula selama tempoh enam bulan.
Lanjutan jawatan terbabit telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Sarawak pada 16 Jun yang lalu.
Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis yang juga Pengerusi Majlis Daerah Subis dan mengetuai bacaan angkat sumpah lanjutan dan pelantikan semula kanuselour itu semalam.
Senarai penuh para kaunselor ialah Kaunselor Sulaiman Ahmad, Hadijah Sheikh Kassim, Semunjang Sirit, Samli Tinggal, Kassim Sahak, Mohd. Asri Salim, Erie Sinkin, Hajis Japar Labaw, Zainani Salleh, Annie Sahida Gapar, Ajun Othman, Mareia Hassan, Liu Nyegang, Chong Tet Fatt, Babang, Majang, Wan Fook Soon, Jong Wei Ming, Augustine Ngumbang, Vincent Liong Yong Sing, Mick Mailen Panting, Sebastian Janting Takin, John Arjak Entebang, Sapovon Lasum, Japang Sawan, Alvin Sekeran Victor Temenggong, Nicholas Ghindi Enjah, Gemene Kelik, Joseph Billy Changgai, Ipang Ambak dan Ramba Poli.
Majlis tersebut disaksikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, hadir bersama ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak iaitu Victor Temenggong Angang (wakil ADUN Kemena Dato Sri Stephen Rundi Utom), Edward Geranja Ellie (wakil ADUN Samalaju Dato Majang Renggi), Tr. Andrew Abak (wakil Parlimen Bintulu Dato Sri Tiong Khing Sing) dan Setiausaha MDS Farrah Sofya Mohd Sharbini.
Oleh UGIR LIU