Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak, Sabah
  • SEMASA

2,800 anggota TDM siap siaga bantu mangsa banjir di Sarawak, Sabah

Utusan Sarawak 3 months ago

PORT DICKSON: Seramai 2,800 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) sedia digerakkan bagi membantu mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata ketika ini, formasi 1 Divisyen di Sarawak dan 5 Divisyen di Sabah telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.

“Banjir di Sarawak melibatkan 13 daerah. Kita telah mengarahkan Panglima Medan Timur di sana untuk bekerjasama dengan semua agensi keselamatan yang terlibat. Alhamdulillah, kehadiran anggota tentera di sana banyak membantu pihak penguatkuasa yang lain.

“Walaupun kita bukan agensi utama yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana di sana, polisi kita adalah menjadi penggerak pertama,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 201/2024 dan Wanita Siri 49/2024, yang melibatkan 1,339 perajurit muda di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini. – Bernama.

Continue Reading

Previous: Bencana: Hero sebenar selamatkan dua pelajar SPM terkandas. Terima kasih Dr Layang!
Next: Bencana: RM10 juta tidak cukup, kerajaan Sarawak mahu tambah lagi – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.