Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 25 Qari, Qariah sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Asajaya
  • TEMPATAN

25 Qari, Qariah sertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Asajaya

Utusan Sarawak 4 weeks ago

ASAJAYA: Seramai 25 peserta, terdiri daripada 18 qari dan tujuh qariah, menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Asajaya 1446H/2025M yang berlangsung di Masjid Silaturahim, Kampung Iboi Laut, Sadong Jaya bermula semalam.

Majlis yang berlangsung selama dua hari sehingga hari ini menyaksikan penyertaan peserta dari sekitar Daerah Asajaya dan Daerah Kecil Sadong Jaya bagi kategori Tilawah al-Quran.

Turut hadir memeriahkan majlis pembukaan ialah Pegawai Daerah Asajaya Jerry Zannuddin Bidin, Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan Bahrin Kawi, Temenggong Masyarakat Melayu Bahagian Samarahan Chek Bujang, Pemanca Masyarakat Melayu Asajaya/Sadong Jaya, Sholeh Kemis, serta Pengerusi Masjid Silaturahim, Mohammad Ali Adenan.

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran bermula seawal 2.00 petang dan diteruskan sehingga ke malam, melibatkan kesemua peserta yang mengambil bahagian.

Majlis penutupan dijadual berlangsung pada malam ini dan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur Sarawak), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir Aidel Lariwoo.

Beliau turut dijadualkan menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori qari dan qariah.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lawatan kerja RDA fokus penyelaras projek, jawatankuasa khas
Next: Surau Kampung Pagan terus dinaik taraf melalui peruntukan RTP DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.