Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 23 penghuni tinggal sehelai sepinggang
  • TEMPATAN

23 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Utusan Sarawak 5 years ago
BERTINDAK PANTAS…Pasukan Bomba sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran rumah dua tingkat jenis separuh kekal di Kilo- meter 77 Jalan Sibu-Selangau (sebelum Jambatan Selangau) tengah hari semalam.

SELANGAU: 23 penghuni sebuah rumah di Kilometer 77 Jalan Sibu-Selangau (sebelum Jambatan Selangau) tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka ranap dalam kebakaran tengahari tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau menerima panggilan 11.53 pagi terus menggerakkan sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang menempatkan 11 buah bilik. Api pada ketika itu sedang marak membakar keseluruhan rumah tersebut,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita petang tadi.

Katanya, komander operasi telah melakukan ‘size up’ dan seterusnya mengarahkan anggota memadamkan kebakaran dengan menggunakan  dua aliran hos 300 kaki breaching dan tiga pancutan dari arah kanan kiri dan belakang rumah terbabit.

“Sumber air diperolehi dari pili bomba berhampiran pada jarak 200 kaki. Pasukan bomba masih menjalankan ovohaul di lokasi, tiada mangsa terperangkap ataupun cedera,” ujarnya.

Turut berada di lokasi masing-masing seramai empat orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Continue Reading

Previous: Simanggang tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan
Next: SIDS terima kunjungan hormat DBNA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.