Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 202,722 mohon Kenyalang Gold Card
  • TEMPATAN

202,722 mohon Kenyalang Gold Card

Utusan Sarawak 4 years ago
KENANGAN … Dato’ Sri Fatimah Abdullah merakam gambar bersama penerima Kenyalang Gold Card (KGC) di Hotel Waterfront, semalam.

KUCHING: Seramai 202,722 telah memohon Kenyalang Gold Card (KGC) iaitu mewakili 64.35 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, populasi warga emas di Malaysia menjelang 2030 adalah dianggarkan 14 peratus yang berusia 60 tahun ke atas.

“Manakala di Sarawak dianggarkan mempunyai 16 peratus iaitu bersamaan dengan 526,000 orang tua menjelang 2030.

“Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) setakat 26 Mac 2021,  seramai 202,722 pemohon KGC setakat hari ini (semalam) ialah mewakili 64.35 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di Sarawak (315, 000 orang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kenyalang Gold Card (KGC), Bantuan Ihsan Kematian (BIK), Bantuan Khas pesakit Buah Pinggang dan penghargaan kepada Rakan Strategik KGC di Hotel Waterfront.

Mengulas lanjut, Fatimah memberitahu Kenyalang Gold Card (KGC) turut dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK).

Katanya, pemberian BIK kepada pemegang KGC yang meninggal adalah inisiatif Kerajaan Sarawak membantu meringankan beban keluarga bagi menanggung kos pengebumian.

“Bagi 2020 terdapat 1,862 permohonan BIK yang telah diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak. Setakat 1 Januari 2021 sehingga 26 Mac 2021, sebanyak sebanyak 973 permohonan BIK telah diterima.

“Ini menjadikan keseluruhan permohonan BIK bagi 2020 dan sehingga 26 Mac 2021 adalah sebanyak 2,835 dengan peruntukan RM6.9 juta,” ujarnya.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: MANIK SARAWAK KE PASARAN GLOBAL
Next: Waspada situasi semasa wabak Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.