Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 202 pegawai, anggota polis terima dos kedua vaksin penggalak
  • TEMPATAN

202 pegawai, anggota polis terima dos kedua vaksin penggalak

Utusan Sarawak 2 years ago

JALANKAN TANGGUNGJAWAB... Asisten Komisioner Ahsmon Bajah menerima suntikan dos penggalak kedua pada program pemberian Dos Penggalak Vaksin Covid-19 kepada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis serta ahli keluarga warga IPD Kuching di Rumah PERKEP IPD Kuching di sini, hari ini.

KUCHING: Seramai 202 pegawai dan anggota polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima dos kedua vaksin penggalak di Rumah Persatuan Keluarga Polis(PERKEP) IPD Kuching di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, program vaksinasi ini merupakan program anjuran bersama IPD Kuching dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahagian Kuching.

“Setakat ini hanya 202 orang yang akan menerima vaksin penggalak dan setakat 8.30 pagi ini seramai 20 pegawai sudah menerima vaksin dos penggalak kedua ini.

“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuching ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKM kerana sudi mengaturkan program seumpama ini khas untuk barisan hadapan.

“Adalah penting bagi kami sebagai agensi penguatkuasa untuk bersama-sama menyokong penuh dasar yang dilaksanakan oleh KKM bagi memastikan usaha kerajaan untuk membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 berjaya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program pemberian Dos Penggalak Vaksin Covid-19 kepada Pegawai Kanan , Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis serta ahli keluarga warga IPD Kuching di Rumah PERKEP IPD Kuching, di sini hari ini.

Menurut Pegawai perubatan Klinik Kesihatan Tanah Putih, Dr Rhohasnida Amika jenis Vaksin yang ditawarkan adalah vaksin penggalak Pfizer.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Program Keusahawanan Wanita Bangkit@ KPWKM pertama diadakan di Sarawak
Next: 15 NGO terima dana berjumlah RM118,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.