Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 sertai aktiviti gotong-royong bersih kubur
  • Selatan
  • WILAYAH

200 sertai aktiviti gotong-royong bersih kubur

Utusan Sarawak 4 months ago
PROGRAM gotong-royong Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu Simanggang.

SIMANGGANG: Seramai 200 penduduk kampung, waris serta ahli jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu menyertai aktiviti kemasyarakatan melalui Program Gotong-Royong Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu, di sini kelmarin.

Ketua Kampung Kifli Bolhi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu berkata, aktiviti membersihkan kawasan perkuburan tersebut merupakan aktiviti tahunan setiap kali menjelang perayaan atau cuti umum.

“Selain bersesuaian dengan kehendak agama bahawa kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Program sebegini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, bahkan mampu menerbitkan rasa keinsafan dalam kalangan umat Islam,” kata beliau.

Kifli menambah aktiviti berkenaan bertujuan memberi keselesaan kepada waris atau ahli keluarga yang datang menziarah selain menzahirkan rasa tanggungjawab bersama.

“Hari ini kita berganding bahu bersama masyarakat bagi menganjurkan program ini di samping dapat mendidik jiwa untuk sentiasa berbakti dan menolong orang lain di mana berada,” katanya.

Sementara itu Ketua Kampung Pasir Panas, Ahmad Simon berkata, aktiviti gotong-royong ini dapat mendidik sikap tanggungjawab dalam diri, khususnya golongan belia.
Turut diadakan bacaan tahlil arwah yang diketuai oleh Jaafar Radele.

Turut hadir, Timbalan Ketua Cawangan PBB N.28 Lingga Suhaidi Los; Ketua Pemuda PBB N.28 Lingga Abdul Rahim Jamil, Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Hulu Lemanak Alfian Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Kampung Lemanak (Simanggang), Abdul Rahman Muhyiddin, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau Hayatul Islam, Laupal Bujang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Berkhatan percuma Sunathon Perdana 2025
Next: Nafi dakwaan anjing terbiar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.