Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 200 peniaga sertai program tanpa tunai komuniti anjuran Agrobank
  • WILAYAH

200 peniaga sertai program tanpa tunai komuniti anjuran Agrobank

Utusan Sarawak 11 months ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh (tengah), Ahli Lembaga Pengarah Agrobank Mohamed Iqbal (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Agrobank Zahid Ahmad Zawawi (dua, kanan) memotong riben sebagai tanda perasmian Agrobank Cawangan Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Seramai 200 peserta terdiri daripada peniaga menyertai program tanpa tunai komuniti anjuran Agrobank. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ia bertujuan mempromosikan pembayaran tanpa tunai sejajar dengan usaha kerajaan Sarawak dalam memperluas digitalisasi dalam sektor perniagaan.

“Melalui pembayaran kaedah tanpa tunai, peniaga tidak perlu membawa wang tunai atau wang kecil untuk melakukan transaksi. 

“Ini mengurangkan risiko penggunaan wang palsu dan memastikan pembayaran langsung dikreditkan ke akaun peniaga,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Agrobank Cawangan Tanjung Manis dan pelancaran program komuniti tanpa tunai di Tanjung Manis bertempat di Dewan Masyarakat Tanjung Manis, hari ini. 

Katanya, Agrobank Cawangan Tanjung Manis merupakan cawangan Agrobank ke-20 di Sarawak. 

“Program ini juga sebagai memberi sokongan kepada pihak Agrobank yang telah beroperasi lebih dari satu tahun sejak 15 Mei 2023 di Tanjung Manis.

“Oleh itu, bagi memastikan Agrobank dapat terus beroperasi di sini adalah penting, kita memberi sokongan sewajarnya.  

“Kehadiran Agrobank kini akan memberi manfaat kepada peniaga dan penduduk di Tanjung Manis serta yang memerlukan khidmat perbankan,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, beliau menyumbangkan RM50 kepada setiap peserta program tersebut dengan syarat mereka mempunyai akaun dengan Agrobank Cawangan Tanjung Manis, sebagai sokongan terhadap kehadiran Agrobank di sini. 

“Bagi saya, kejayaan program ini adalah bukti semangat setiakawan, muafakat, dan kesungguhan untuk mencapai matlamat bersama.

“Diharap pada masa akan datang, mereka yang memiliki akaun atau rekod di Agrobank akan memudahkan untuk mendapatkan pinjaman dan sebagainya.

“Sekali lagi terima kasih Agrobank Cawangan Tanjung Manis yang telah memberi pinjaman sebanyak RM1.6 juta kepada peniaga tempatan sebelum ini sekali gus memudahkan perniagaan mereka,” katanya lagi. 

Len Talif yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang juga menggalakkan peniaga untuk menggunakan perkhidmatan Agrobank Cawangan Tanjung Manis, termasuklah pembayaran tanpa tunai melalui kod QR, bagi memudahkan urusan perniagaan. 

Turut hadir ialah Ahli Lembaga Pengarah Agrobank Mohamed Iqbal, Ketua Pegawai Peniagaan Agrobank Syed Hairul Abuar Syed Fadzli, Ketua Pegawai Operasi Agrobank Zahid Ahmad Zawawi, Ketua Pengguna Perbankan Agrobank Zulhisham Zailan, Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis Ismail Kasah, Pemanca Daerah Tanjung Manis Morshidi Morris dan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Daerah Tanjung Manis, Persi Saperi.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: MYSED perkasa belia tanpa mengira latar belakang
Next: Perkasa program tarik kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.