Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 1,900 pelajar perolehi manfaat dari BPSSYS
  • TEMPATAN

1,900 pelajar perolehi manfaat dari BPSSYS

Utusan Sarawak 5 years ago
SIMBOLIK… Dr Annuar melakukan simbolik Penyerahan Baucar BPSSYS semasa PKPP di bilik mesyuarat Pejabat Residen Sibu petang semalam. Turut kelihatan ialah Wong (kiri), Sofiana (dua kanan) dan Suhaili (kanan sekali).

SIBU: Seramai 1,900 orang pelajar di Bahagian Sibu memperolehi manfaat daripada Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawal (BPSSYS) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, daripada jumlah tersebut agihan bantuan melibatkan seramai 236 murid dari 38 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), 734 murid dari 45 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 930 pelajar dari 21 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Menurutnya, bantuan tersebut diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dengan keutamaan diberikan kepada pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2020.

“Ini juga meliputi pelajar miskin dengan Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan e-kasih, murid berkeperluan khas, murid-murid Penan atau murid-murid pedalaman serta yang disahkan dalam Focus Group Daerah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Agihan BPSSYS di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sibu, Bangunan Kompleks Islam Sibu, petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu juga menyeru dan memohon kepada semua vendor kedai-kedai pembekal pakaian seragam sekolah yang terlibat dalam BPSSYS untuk membekalkan pakaian seragam kualiti dengan nilai baucer yang diberikan kepada pelajar.

“Agihan bantuan ini akan dijalankan dalam bulan Jun ini,” ujarnya.

Agihan bantuan akan ditadbir urus Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu untuk membantu proses agihan bantuan berjalan lancar.

Turut hadir ialah Timbalan Residen Sibu, Wong Hee Sieng, Pegawai Dearah Sibu, Suhaili Mohamad dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Hal Ehwal Murid (HEM), Sofiana Hassan.

Continue Reading

Previous: 5,528 projek pembinaan belum beroperasi
Next: Lelaki maut kereta terbabas sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.