Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 18 penerima terima geran khas berjumlah keseluruhan RM58,000
  • Tengah
  • WILAYAH

18 penerima terima geran khas berjumlah keseluruhan RM58,000

Utusan Sarawak 7 months ago
TERIMA KASIH… ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyerahkan geran kepada salah seorang penerima. 

BINTANGOR: Geran khas berjumlah keseluruhan RM58,000 telah diserahkan kepada sebanyak 18 Kelab, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Biro Wanita dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). 

Hadir bagi menyerahkan geran khas tersebut semalam ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing, bertempat di Pusat Khidmat DUN Meradong. 

Beliau berharap kesemua penerima geran khas tersebut agar menggunakan ia dengan bijak dan mengikut keperluan dari masa ke masa. 

“Penggunaan geran khas yang diterima secara bijak dan mengikut keperluan adalah penting supaya dapat diguna sebaik mungkin. 

“Ia boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti bermanfaat bersama masyarakat setempat,” katanya ketika berucap di majlis ringkas penyerahan geran khas tersebut. 

Tambahnya, dengan adanya geran khas ini, ia dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada para penerima dalam melaksanakan aktiviti dan program pada masa akan datang. 

“Geran khas ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap keperluan rakyat terutamanya dalam sesebuah organisasi yang memerlukan dana bagi penganjuran aktiviti tahunan di kawasan masing-masing,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemudahan lampu isyarat STILE dijangka capai keupayaan AI sepenuhnya tahun depan  
Next: Jalan Buan dibuka semula kepada pengguna jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.