Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 18 maut dalam pertempuran antara tentera
  • GLOBAL

18 maut dalam pertempuran antara tentera

Utusan Sarawak 5 years ago
SEKURANG-KURANGNYA 18 orang terbunuh, termasuk dua tentera, dalam pertempuran antara tentera dan Houthi di wilayah Marib dan Al Hudaydah pada Isnin.

MARIB: Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, termasuk dua tentera, dalam pertempuran antara tentera dan Houthi di wilayah Marib dan Al Hudaydah pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu.

Tentera Houthi menyerang daerah Hays di bahagian selatan Al Hudaydah, kata pejabat akhbar Briged Tentera al-Amalika dalam satu kenyataan.

Pasukan tentera Yaman bertindak balas dan meneutralkan sembilan anggota militia, kata kenyataan itu.

Pertempuran turut berlaku antara kumpulan bersenjata yang menyokong Houthi dan tentera kerajaan di daerah Hashia, wilayah Marib.

Dalam pertempuran itu, tujuh anggota kumpulan bersenjata dan dua tentera terbunuh.

Yaman terus dicengkam keganasan sejak 2014, apabila kumpulan Houthi menguasai banyak negeri dan kawasan, termasuk ibu kota Sana’a.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Ancaman wabak selesema khinzir baharu
Next: India haramkan puluhan aplikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.