179 murid 11 sekolah sertai Program Science on Wheels Marudi 2026

Facebook
WhatsApp
UNTUK ALBUM…Sekolah-sekolah rendah Zon Baram Hilir yang terlibat dalam Program Sains On Wheel Marudi 2026.

MARUDI, 27 November: Seramai 179 murid daripada 11 buah sekolah Zon Baram Hilir terlibat dalam Program Science on Wheels (SOW) Marudi 2026.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan daerah Baram, Tang Hooi Joo berkata program ini hukan sekadar mengisi aktiviti pasca bagi murid Tahun enam malah menjadi platform untuk memberikan pendedahan awal kepada mata pelajaran Teknologi dan Digital (TnD) di Tingkatan1 bagi Sesi Akademik 2027.

Katanya bertemakan ‘Perminan Digital’, murid-murid berpeluang meneroka kreativiti dan kemahiran digital melalui penggunaan aplikasi Micro : bit More.

TAHNIAH…Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Mathew Laing Ngau menyampaikan hadiah kepada kumpulan SK Rh Gudang yang memenangi Show Case Sains On Wheels Marudi 2026.

Tambahnya melalui pembelajaran secara hands-on, mereka bukan sahaja belajar membangunkan permainan digital tetapi turut mengasah pemikiran komputasional, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah.

“Kita tidak mahu anak-anak kita sekadar menjadi pengguna teknologi, kita mahu mereka menjadi pencipta, innovator dan penyumbang kepada kemajuan masa hadapan,” katanya menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Penutupan Program Science On Wheels Marudi di Dewan Suarah di sini pagi tadi.

Beliau merakamkan  setinggi-tinggi penghargaan kepada Sarawak Digital Economy Corporation (SEDC) atas tajaan penuh program ini serta Realfun Learning Center selaku badan pelaksana strategik yang telah menyumbangkan kepakaran, bimbingan dan pengelaman pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid dan beliau berhrap semoga mereka terus menyokong program STEM di Baram.

Penghargaan turut diberikan kepada pihak sekolah, Guru Besar, guru pengiring, urus setia dan semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini.

‘Sesungguhnya pendidikan yang berkualiti memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak,” tambah beliau.

Dalam pada itu SK Rh Gudang juara berkumpulan Show Case, Sains On Wheels sementara naib juara disandang SK Good Shepherd dan tempat ketiga dimenangi SK Poyut.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Baram, Mathew Laing Ngau, Program Manager, Realfun Academy Sdn Bhd. Sharon Tan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Asrul Abdullah dan Timbalan Pegawai Pendidikan daerah, Sektor Pembangunan Sekolah, Paris Lawai.

Oleh Jiku Juguong