Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 164 pelajar lanjutkan pelajaran terima sumbangan kewangan ADUN Kuala Rajang
  • WILAYAH

164 pelajar lanjutkan pelajaran terima sumbangan kewangan ADUN Kuala Rajang

Utusan Sarawak 2 years ago
BANTUAN PENDIDIKAN… Antara penerima bantuan pendidikan dari Pusat Khidmat Kuala Rajang. 

SARIKEI: Sejumlah keseluruhan lebih kurang RM910,000 telah diperuntukkan oleh Pusat Khidmat Kuala Rajang sejak 2011 bagi membantu golongan muda di Kuala Rajang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ia bertujuan meringankan bebanan yang perlu dihadapi oleh mereka terutama dalam kewangan melibatkan pendidikan.

“Program menyantuni penduduk dilakukan saban waktu bagi membantu serba sedikit masalah yang dihadapi dan meringankan bebanan mereka termasuklah bantuan pendidikan.

“Sejak Januari 2023 hingga hari ini, seramai 164 pelajar telah menerima bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6, matrikulasi, peringkat sijil, diploma dan ijazah membabitkan kewangan berjumlah RM59,100. 

“Secara keseluruhannya bantuan pendidikan ini telah dilaksanakan oleh Pusat Khidmat Kuala Rajang sejak 2011 dengan jumlah keseluruhan lebih kurang RM910,000,” katanya. 

Len Talif yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, semalam. 

Katanya, selain pendidikan, serahan bantuan kepada penduduk di beberapa lokasi bagi kawasan Kuala Rajang telah disampaikan oleh wakil-wakil beliau sejak Januari 2023 yang lalu bagi zon Sarikei.

“Antara sumbangan yang dihulurkan berupa bantuan kewangan, kerusi roda dan pelbagai keperluan untuk kesihatan kepada seramai 95 orang sehingga kini.

“Semoga mereka semua sihat walafiat dan sedikit bantuan dapat meringankan bebanan mereka dan keluarga. 

“Kepada para pelajar khasnya golongan belia semoga dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang serta bermakna,” katanya lagi.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Banjir kilat: Penduduk rayu selesaikan segera isu perparitan
Next: Belia dinasihat manfaat Jerayawara PRO-DR gapai impian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.