Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 16,000 isi rumah di Kapit,Song terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

16,000 isi rumah di Kapit,Song terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
PENJELASAN… Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjawab soalan para wartawan semasa sidang akhbar di Wisma Sumber Alam, Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Seramai 16,000 isi rumah melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kapit dan Song akan menerima bantuan keperluan makanan daripada Kerajaan Negeri bermula 4 Februari ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pengagihan makanan ini melibatkan DUN Pelagus, Katibas, Bukit Goram dan Belaga (Nanga Merit) yang kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bantuan tersebut melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.42 juta termasuk kos pengangkutan.

“Setiap isi rumah akan menerima bantuan makanan berjumlah RM70 secara ‘sekali bayar’ dan diagihkan secara berperingkat,” katanya pada sidang media di Wisma Sumber Alam, di sini semalam.

Antara jenis makanan yang akan diagihkan adalah beras, gula, tepung, kopi atau teh paket, biskut kering, mi segera, minyak masak dan sardin dalam tin.

Katanya, pengedaran makanan akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Dana akan disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Bahagian (JPBPB) Kapit dan akan disokong oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapit, Song dan Belaga,” ujarnya.

Awang Tengah selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Rantaian Bekalan Makanan Covid-19 turut memberitahu, pihaknya telah meminta JPBPB untuk mengenal pasti kawasan terjejas yang mana ada antara bantuan mungkin akan dihantar menggunakan jalan sungai.

“Kita telah berbincang untuk melihat kawasan-kawasan yang memerlukan helikopter serta perahu untuk penghantaran bantuan makanan,” jelasnya.

Beliau juga telah mendapat jaminan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) bahawa stok makanan pada masa ini adalah mencukupi.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: ATM KOMITED LAKSANA PKP
Next: Gula apong Kampung Buda berpotensi besar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.