16 stesen di Sarawak catat IPU tidak sihat

Facebook
WhatsApp
SEBANYAK 16 stesen di Sarawak mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat 8.00 pagi hari ini, dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi 195.

KUCHING: Sebanyak 16 daripada 20 stesen pemantauan kualiti udara di Sarawak merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.00 pagi hari ini.

Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 195, diikuti Kuching (180), Samarahan (179), manakala Samalaju dan Lundu masing-masing merekodkan 177.

Tebedu pula mencatat IPU 175, Sri Aman (171), Sarikei (164), Bintulu dan Betong masing-masing (162), Lubok Antu dan Kanowit masing-masing (159), Sibu (157), Mukah (155), Miri (147) serta ILP Miri (117).

Sementara itu, hanya empat stesen berada pada tahap sederhana iaitu Lawas dengan bacaan 94, Kapit (93), Limbang (74) dan Bario (53).

Berbanding 8.00 malam semalam, jumlah stesen pada tahap tidak sihat meningkat daripada 13 kepada 16, menunjukkan kemerosotan kualiti udara di beberapa kawasan.

Antara perubahan ketara ialah Bintulu yang meningkat daripada 91 kepada 162, Miri daripada 87 kepada 147 serta ILP Miri daripada 84 kepada 117, sekali gus beralih daripada tahap sederhana kepada tidak sihat.

Serian yang turut mencatat bacaan tertinggi malam tadi meningkat daripada 185 kepada 195 pagi ini, menghampiri paras sangat tidak sihat yang bermula pada bacaan 201.

Setakat 8.00 pagi, tiada stesen di Sarawak merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat, berbahaya atau sangat berbahaya.

Manchester United benam Sabah 4-0

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester United meraih kemenangan 4-0 ketika kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga