152,308 pengundi berdaftar di tiga DUN kawasan Miri

Facebook
WhatsApp
STATISTIK pemilih bagi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Miri berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemas kini sehingga 25 Oktober 2026.

MIRI, 27 November: Seramai 152,308 pengundi berdaftar direkodkan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  iaitu N.73 Piasau, N.74 Pujut dan N.75 Senadin bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemas kini sehingga 25 Oktober 2026, DUN Senadin mencatatkan jumlah pengundi tertinggi dengan 75,641 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 75,174 merupakan pengundi biasa manakala 467 lagi terdiri daripada polis dan pasangan.

DUN Pujut pula merekodkan seramai 45,072 pengundi, kesemuanya dalam kategori pengundi biasa.

Sementara itu, DUN Piasau mempunyai 31,595 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,037 pengundi biasa serta 558 anggota polis dan pasangan.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga kawasan berkenaan mencatatkan 151,283 pengundi biasa dan 1,025 pengundi dalam kategori polis dan pasangan.

Tiada pengundi kategori tentera dan pasangan direkodkan bagi ketiga-tiga kawasan DUN tersebut.

Oleh Liong Chai Ling