
SIBU: Seramai 150 tetamu hadir memeriahkan Majlis Berjarah Raya 2025/1446H anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Bandong dan Jalan Abang Barieng di Dewan MUC, di sini hari ini.
Majlis yang bermula seawal 10.00 pagi itu turut diserikan dengan kehadiran Temenggong Dato Sri Haji Wan Hamid Edruce Tuanku Mohamad yang mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, sebagai tetamu kehormat.
Acara dimulakan dengan persembahan ‘Tari Silat Selamat Datang’ oleh Kumpulan Silat Pukulan Pelangi 7, menyambut ketibaan tetamu jemputan.
Pelbagai juadah seperti rendang, kek lapis, mihun, aiskrim dan hidangan lain disediakan bagi menjamu selera para tetamu.
Majlis turut dimeriahkan dengan beberapa aktiviti menarik seperti persembahan lagu raya, cabutan bertuah serta pertandingan baju raya, yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Izkandar Roseley dan Ketua Kampung, Abdul Razak Amin.
Oleh Tarani Lanting