Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 individu sertai program anjuran Perpustakaan Awam BDA
  • Tengah
  • WILAYAH

15 individu sertai program anjuran Perpustakaan Awam BDA

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Seramai 15 individu menyertai program ‘Read & Bake at BDA Bintulu Public Library’ anjuran Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Cawangan Kidurong di sini, baru-baru ini.

Ia dilaksanakan di bawah bimbingan Pembantu Pustakawan Cawangan Kidurong, Saifulizan.

Menurut jurucakap Perpustakaan Awam BDA menerusi satu kenyataan, program bertujuan memupuk pembelajaran bersepadu sambil menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

“Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. 

“Selain itu, ia membuka ruang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan makanan, di samping mendidik peserta cara mengurangkan pembaziran makanan,” katanya.

Program tersebut menumpukan tiga matlamat utama SDG, iaitu SDG 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 8: Pekerjaan dan Pertumbuhan Ekonomi, serta SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab.

Selain memberi manfaat kepada peserta, program itu turut berperanan memperkasa komuniti dengan pengetahuan dan kemahiran yang menyumbang ke arah pembangunan yang lebih mampan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PBB bantu rakyat, perhalusi inisiatif kerajaan di peringkat akar umbi
Next: Kaunter khidmat pelanggan SKAS dibanjiri sekitar 11,000 penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.