Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 149 premis disanitasi
  • TEMPATAN

149 premis disanitasi

Utusan Sarawak 5 years ago

SHEILA ZAIDI

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meneruskan lagi operasi sanitasi di beberapa lokasi sekitar Kuching, Serian, Bintulu dan Miri semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Tiong Ling Hii berkata, setakat jam 5.00 petang semalam, pihaknya telah menjalankan operasi sanitasi di tiga lokasi Kuching, satu lokasi di Serian, Bintulu dan Limbang dan empat lokasi Miri.

“Untuk kawasan Kuching, operasi dilaksanakan di Depo Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Ibu Pejabat DBKU, Pejabat Pos Besar Kuching dan Block D1, kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa.

“Dalam operasi sanitasi semalam, pihak kami turut dibantu oleh pegawai DBKU,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tiong, bagi tempoh 30 Mac sehingga semalam, JPBM Sarawak telah melakukan kerja sanitasi di 149 premis di seluruh negeri.

Katanya, antara premis yang disanitasi ialah 39 pasar awam, 20 tempat perhimpunan, 35 tempat ibadat, 34 di bangunan kerajaan, 16 kenderaan pengangkutan, 10 kawasan perumahan, dua di pasar raya dan tiga hotel.

Sementara itu, jumlah operasi yang telah dijalankan mengikut daerah ialah sebanyak 58 di Kuching, diikuti Miri (39), Sarikei (13), Kota Samarahan (9), Limbang (11), Sibu (3), Betong (3), Bintulu (7) dan Sri Aman (5).

Tambah Tiong, kerja sanitasi itu turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Daerah, Jabatan Sukarealawan Malaysia dan Polis Bantuan.

Katanya lagi, sejak 23 Mac hingga semalam, JBPM Sarawak telah melaksanakan 44 Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) di negeri ini.

Continue Reading

Previous: Pekebun Getah digesa mohon IPG
Next: MAS setuju teruskan penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.