Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 14 warga sekolah dipindah ke tempat selamat, laluan masuk ditenggalami air
  • WILAYAH

14 warga sekolah dipindah ke tempat selamat, laluan masuk ditenggalami air

Utusan Sarawak 4 months ago

DIPINDAHKAN KE KAWASAN SELAMAT.....Kesemua mangsa berjaya dipindahkan ke kawasan selamat. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 14 orang guru, tiga kakitangan sekolah dan dua pekerja pembersihan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Chien dipindahkan ke tempat selamat setelah laluan masuk ke sekolah ditenggelami banjir anggaran kedalaman paras air satu meter.  

Ketua Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.07 pagi tadi. 

“Bertindak atas panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Lau Heng Sing bergegas ke lokasi. 

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat banjir di laluan masuk ke sekolah anggaran kedalaman paras air satu meter,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata anggota bomba memasang tali sepanjang 66.6 meter untuk melalui banjir tersebut.

“Mangsa diarahkan mengunakan jaket keselamatan bagi memastikan mangsa dalam keadaan selamat. 

“Kesemua 19 orang mangsa berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat dalam tempoh lebih kurang 51 minit. 

“Operasi menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat selesai sepenuhnya pada 12.20 tengah hari,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Individu cemerlang bukan hanya bergantung kepada akademik   
Next: SJKC Kiang Hin giat promosi pendidikan digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.