
ROBAN: Seluas 1,206 hektar diluluskan untuk diukur perimeter di bawah Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Kawasan Tapang Ujan Ili di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkata keluasan tanah tersebut diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.
“Walaupun permohonan tersebut telah lama dimajukan ke Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong namun penduduk kawasan tersebut berasa amat teruja selepas permohonan mereka telah diluluskan.
“Kerana bagi mereka tanah yang tidak diiktiraf atau tidak mempunyai dokumen sukar untuk menentukan siapa pemilih yang sah,” katanya.
Dalam pada itu, satu sesi Program Randau Penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Tapang Ujan Ili, di sini semalam.
Sementara itu, Penguasa JTS Bahagian Betong Moris Nayup menasihati pemilik tanah supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah di media sosial berhubung penyukatan tanah.
“Sekiranya ada masalah pemilik disarankan untuk hadir sendiri ke Jabatan Tanah dan Survei untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.
Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kecil Roban Steve Miller, wakil Residen Bahagian Betong Ramsey Selat, Penghulu Jos@George Manggie, pegawai-pegawai JTS Bahagian Betong dan tuai-tuai rumah kawasan Mudong.
Oleh Adi Safarman