Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 12 pemain, tiga pegawai Thailand dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib ISTAF
  • SUKAN

12 pemain, tiga pegawai Thailand dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib ISTAF

Utusan Sarawak 16 hours ago
PASUKAN Thailand bertindak meninggalkan gelanggang disebabkan kontrovesi yang berlaku ketika menentang skuad regu sepak takraw negara dalam acara akhir regu berpasukan pada Kejuaraan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 pemain dan tiga pegawai delegasi Thailand dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) susulan kontroversi ketika final acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026, di sini bulan lepas.

Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader berkata keputusan itu dibuat sebulat suara oleh Jawatankuasa Eksekutif badan induk berkenaan selepas mengadakan mesyuarat khas pada 30 Mei bagi meneliti insiden yang berlaku sewaktu perlawanan regu ketiga di Stadium Titiwangsa.

Beliau berkata rujukan itu dibuat bagi membolehkan siasatan menyeluruh, bebas dan adil dilakukan terhadap semua fakta serta keadaan yang membawa kepada tindakan dibuat pasukan Thailand sewaktu final tersebut.

“Rujukan ini merangkumi individu yang mungkin terlibat secara langsung atau tidak langsung, menyumbang, mengambil bahagian, menyokong, mempengaruhi, memudahkan, menggalakkan, atau dalam apa cara sekalipun memainkan peranan dalam peristiwa dan keputusan yang mengakibatkan perlawanan tersebut ditinggalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Final regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 pada 23 Mei itu dicemari kontroversi selepas Thailand menarik diri sebagai membantah keputusan pengadil, dengan Malaysia kemudiannya diisytiharkan menang 2-1. 

Abdul Halim berkata rujukan tersebut bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai keputusan bahawa mana-mana atlet atau pegawai telah melakukan salah laku atau melanggar peraturan.

Sebaliknya beliau berkata Jawatankuasa Tatatertib ISTAF akan meneliti semua bukti, hujah dan representasi sebelum menentukan sama ada berlaku pelanggaran terhadap perlembagaan, peraturan, undang-undang atau kod etika badan induk sukan warisan tersebut.

Katanya setiap individu yang terlibat akan diberikan peluang sewajarnya untuk mengemukakan penjelasan dan bukti sokongan selaras dengan prinsip keadilan asasi serta kesaksamaan prosedur.

Abdul Halim pada masa sama turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi sementara proses tatatertib berjalan dan menegaskan badan induk itu kekal komited memastikan sukan sepak takraw ditadbir dengan integriti, keadilan dan akauntabiliti. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Pang Ron-Pei Jing akhiri badi pusingan pertama di Terbuka Indonesia
Next: Messi terima anugerah berprestij Princess Of Asturias

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.