Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 12 maut, 30 cedera dalam nahas babitkan 5 kenderaan di Filipina
  • GLOBAL

12 maut, 30 cedera dalam nahas babitkan 5 kenderaan di Filipina

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

MANILA: Seramai 12 terbunuh termasuk enam kanak-kanak, manakala sekurang-kurangnya 30 lagi cedera dalam nahas membabitkan lima kenderaan di sebuah lebuh raya di utara Manila pada tengah hari Khamis, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Penolong Naib Presiden Operasi Trafik NLEX Corp Robin Ignacio memaklumkan dalam temu bual radio tempatan bahawa kemalangan berlaku sekitar 12.08 tengah hari di Tarlac City, di tengah Luzon, melibatkan sebuah bas penumpang, tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah trak kontena.

Ignacio berkata kemalangan itu berpunca apabila bas yang dipandu laju merempuh kenderaan di hadapannya, menyebabkan kesan domino ke atas tiga lagi kenderaan yang beratur untuk membayar tol lebuh raya.

“Empat kenderaan di hadapan bas itu hampir berhenti atau sudah berhenti menunggu giliran untuk membayar tol ketika kemalangan berlaku,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital tempatan oleh pasukan kecemasan dan penyelamat.

Pemandu bas berkenaan telah ditahan polis sementara siasatan lanjut dijalankan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Masjidil Haram sambut kumpulan jemaah haji pertama
Next: Ribuan berhimpun di Taiwan tuntut syarat kerja lebih baik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.