Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 118 trak bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah
  • GLOBAL

118 trak bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Rafah

Utusan Sarawak 2 years ago
TRAK berkenaan membawa makanan, air, bantuan kecemasan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan manakala bahan api tidak dibenarkan masuk setakat ini.

GAZA: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menerima sebanyak 118 trak bantuan kelmarin dan semalam melalui lintasan sempadan Rafah, menjadikan jumlah keseluruhan trak yang memasuki Semenanjung Gaza sejak 21 Oktober lalu sebanyak 569.

Persatuan itu menerusi satu kenyataan berkata, pasukannya menerima 25 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dari Bulan Sabit Merah Mesir kelmarin, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan berasingan, persatuan itu mengesahkan bahawa mereka menerima 93 lagi trak bantuan daripada Bulan Sabit Merah Mesir, semalam.

Trak berkenaan membawa makanan, air, bantuan kecemasan, bekalan perubatan dan ubat-ubatan manakala bahan api tidak dibenarkan masuk setakat ini.

“Jumlah trak yang diterima sejak 21 Oktober adalah sebanyak 569, bersamaan kira-kira 33 trak sehari,” menurut persatuan itu. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Majlis Keselamatan PBB berhimpun kali keenam bincang situasi di Gaza
Next: Komander Apollo 8 Frank Borman meninggal dunia pada usia 95 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.