Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 117 mangsa banjir dimasukkan ke PPS Balai Raya Sebauh
  • WILAYAH

117 mangsa banjir dimasukkan ke PPS Balai Raya Sebauh

Utusan Sarawak 3 months ago

Suasana di PPS Balai Raya Sebauh yang menempatkan mangsa banjir dari kawasan terjejas.

SEBAUH: Seramai 117 mangsa banjir daripada 36 Ketua Isi Rumah (KIR) telah mendaftar masuk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Sebauh setakat jam 11.35 pagi hari ini.

Mangsa yang dipindahkan berasal dari beberapa kawasan terjejas, termasuk Kampung Masjid, Taman Tedeum, sekitar Pasar Sebauh, Kampung Hulu, Rumah Muli, Kampung Pandan, Gereja Kampung Hilir, dan Sungai Sebangat.

Sementara itu, lima mangsa dari RPR Segawan telah dibenarkan keluar dari PPS pada jam 10.57 pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, laporan semasa Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) pada jam 11.00 pagi mengesahkan bahawa paras air di Sebauh termasuk Kuala Binyo kini berada pada tahap bahaya, berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pihak berkuasa terus memantau situasi banjir dan menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Beberapa jalan di Sibu terjejas dinaiki air   
Next: Gerawat berkunjung ke rumah KMKK sempena Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.