Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 1,000 penyokong iringi Doris di Sri Aman
  • PRU-15
  • SEMASA

1,000 penyokong iringi Doris di Sri Aman

Utusan Sarawak 3 years ago

1,000 penyokong iringi Doris di Sri Aman.

Calon GPS bagi kerusi Parlimen P202 Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi tiba di pekarangan Stadium Tertutup Sri Aman bersama 1,000 penyokong, 8.25 pagi tadi. Turut kelihatan Datuk Snowdan Lawan beserta isteri. Turut serta mengiringi beliau, Datuk Francis Harden Hollis.
1,000 penyokong iringi Doris di Sri Aman.

SIMANGGANG: Calon GPS bagi kerusi Parlimen P202 Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodi tiba di pekarangan Stadium Tertutup Sri Aman bersama 1,000 penyokong, 8.25 pagi tadi.

Ketua Wanita PRS itu adalah muka baharu untuk bertanding kerusi Parlimen Sri Aman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November nanti.

Doris bukan baharu dalam dunia politik dan pernah mencatat sejarah sebagai wanita pertama menyandang jawatan Timbalan Speaker Dewan Negara di Malaysia.

Doris dilantik senator pada 26 Januari 2012.

Untuk rekod, pada PRU-14, Datuk Masir Kujat menang kerusi itu atas tiket PRS tetapi menyertai pembangkang, Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada Mac 2019.

Bagaimanapun, beliau keluar parti itu pula Mac lalu, untuk kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Sekali lagi Masir muncul kali ini dan bertanding atas tiket Bebas.

Seorang lagi calon ialah dari PKR, Naga Libau@Tay.

Continue Reading

Previous: 4,000 penyokong iringi muka baharu, Rodiyah
Next: Ahmad Johnie serah borang penamaan calon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.