Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 10 organisasi terima geran MRP
  • Tengah
  • WILAYAH

10 organisasi terima geran MRP

Utusan Sarawak 5 months ago
GUNAKAN SEBAIKNYA… Dato Sri Wong Soon Koh (empat, kanan) menyerahkan cek MRP kepada penerimanya sambil disaksikan oleh Kaunselor Wong Hua (lima, kiri) serta yang lain di Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Sebanyak 10 organisasi di sini telah menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh, baru-baru ini.

Majlis diadakan di Pusat Khidmat Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Bawang Assan di Jalan Wawasan.

Organisasi berkenaan adalah terdiri daripada sembilan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan satu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kawasan DUN Bawang Assan.

Berucap pada majlis tersebut, Wong berkata, pihaknya menerima begitu banyak permohonan untuk geran MRP.

“Kami benar-benar mendapati ia sangat sukar untuk memutuskan kepada siapa untuk diberi dan berapa banyak yang harus diberikan.

“Kami hanya boleh melakukan yang terbaik untuk memberi kepada mereka yang kami fikir memerlukan bantuan kami. Dan kami perlu cuba membantu seramai mungkin pemohon,” tegasnya.

Menurutnya yang juga Naib Presiden Kanan PDP, dengan sumber MRP yang terhad pihaknya akan cuba mengagihkan dengan seadilnya.

“Apa yang diberikan hari ini pastinya bukan seperti yang anda harapkan. Jika anda benar-benar memerlukan bantuan lanjut, anda sentiasa boleh memohon daripada saya lagi pada tahun hadapan,” tambahnya.

Turut hadir, Pengerusi PDP Bahagian Bawang Assan Kaunselor Wong Hua.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Bomba pantau kawasan berisiko banjir
Next: 130 bekas ahli pembangkang sertai PBB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.