Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 10 maut akibat hujan lebat di Bengaluru, Selatan India
  • GLOBAL

10 maut akibat hujan lebat di Bengaluru, Selatan India

Utusan Sarawak 5 hours ago
PARA penumpang meredah jalan yang dinaiki air ketika hujan di Bengaluru pada 29 April 2026. Foto AFP

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 maut, termasuk seorang kanak-kanak dan beberapa lagi cedera dalam beberapa insiden berasingan akibat hujan lebat disertai ribut hujan batu di negeri selatan India, Karnataka pada Rabu malam, kata seorang pegawai tempatan pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Beliau berkata tujuh orang maut selepas tembok sebuah hospital runtuh akibat cuaca buruk. Kejadian berlaku di Bowring and Lady Curzon Medical College and Research Institute di ibu negeri Karnataka, Bengaluru.

PELANCONG berteduh di bawah helaian kain ketika hujan sambil menunggu untuk menghadiri upacara sembahyang petang di ghat Dashashwamedh di sepanjang tebing Sungai Ganges di Varanasi pada 29 April 2026. Foto AFP

Penjual jalanan dan pejalan kaki dilaporkan berlindung di tepi tembok hospital bagi mengelakkan hujan lebat sebelum struktur itu tiba-tiba runtuh menimpa mereka, kata pegawai itu melalui panggilan telefon.

Pasukan penyelamat daripada pasukan tindak balas bencana negeri kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian.

Dalam kejadian lain, dua orang maut akibat terkena renjatan elektrik semasa hujan lebat, manakala seorang lagi maut apabila sebahagian rumahnya runtuh. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Arab Saudi lengkapkan persiapan menyeluruh jamin keselamatan jemaah haji
Next: Banksy perkenal arca baharu bersaiz besar di tengah London

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.