Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • 10 lagu mara ke AJL39
  • HIBURAN

10 lagu mara ke AJL39

Utusan Sarawak 7 months ago
ANTARA finalis yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL39).

KUALA LUMPUR: Sepuluh lagu terbaik telah dipilih semasa bersaing di Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir yang berlangsung selama dua hari, bermula 14 dan 15 November 2024, di Studio Glenmarie, Shah Alam.

Senarai tersebut disaring daripada 30 lagu yang berjaya beraksi di pentas SFMM39 sekali gus mara ke pentas anugerah muzik yang paling berprestij di Malaysia, Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).

LAGU Terus Bersinar persembahan Hafiz Suip diumumkan antara 10 lagu yang layak ke AJL39.

Ini merupakan pertama kali Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir memilih hanya 10 lagu terbaik sahaja ke pentas AJL39. Tidak seperti tahun sebelumnya menawarkan lebih banyak ruang untuk bersaing, tahun ini hanya sejumlah lagu terpilih diberikan laluan menjadikan persaingan lebih sengit dan mendebarkan.

Pemilihan lagu dilakukan menerusi pemarkahan rapi daripada juri profesional yang menilai secara menyeluruh aspek melodi, lirik dan persembahan. Hanya karya terbaik yang melangkah ke pentas gemilang AJL39 sebagai finalis.

JURI PROFESIONAL… Juri yang menilai 30 lagu bersaing di pentas Muzik-Muzik 39 Separuh Akhir diterajui oleh Edry Abdul Halim sebagai ketua juri bersama Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap dan Ad Samad.

Setiap lagu yang bersaing dinilai oleh Edry Abdul Halim sebagai ketua juri. Selain itu, peranan juri juga disandang oleh Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap dan Ad Samad.

Dikendalikan oleh pengacara Izzue Islam dan Fiza Frizzy sebagai hos, pentas SFMM39 turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada Ayda Jebat.

Menariknya, AJL39 kali ini menjadi program yang dinantikan peminat Hafiz Suip berikutan lagu Terus Bersinar diumumkan antara 10 lagu yang layak ke AJL39.

SENARAI 10 LAGU KE AJL39

  1. Sengaja – Amir Masdi
    Komposer: Bunga Cantik, Hang Nadim
    Penulis Lirik: Bunga Cantik, Hang Nadim
  2. Puas Sudah – Aina Abdul
    Komposer: Aina Abdul
    Penulis Lirik: Aina Abdul
  3. Saksama – Akim & The Majistret
    Komposer: Akim & The Majistret
    Penulis Lirik: Bunga Cantik
  4. Pujaanku – Kugiran Masdo Ft. Aisyah Aziz
    Komposer: Ali Sariah
    Penulis Lirik: Ali Sariah & Heidimoru
  5. Terus Bersinar – Hafiz Suip
    Komposer: Mas Dewangga, Jova Devito, Datuk Arisz Ab Rahman
    Penulis Lirik: Mas Dewangga, Jova Devito
  6. Hening Rindu – Marsha Milan Londoh
    Komposer: Ikhwan Fatanna, Wan Saleh
    Penulis Lirik: Ikhwan Fatanna
  7. Aura – Ernie Zakri
    Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
    Penulis Lirik: Ernie Zakri, John Jeeves, Firdaus Rahmat
  8. Diam – Hael Husaini
    Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
    Penulis Lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh
  9. Risiko – Benzolo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
    Komposer: Apipapol
    Penulis Lirik: Benzolo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique
  10. Bukan Lagi Kita – Nadeera Zaini
    Komposer: Hael Husaini, Iqie Hugh
    Penulis Lirik: Hael Husaini, Iqie Hugh
Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Komposer terkenal S Atan meninggal dunia 
Next: Pemergian S Atan kehilangan besar buat industri muzik negara – Jamal Abdillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.