Raikan Aidilfitri dengan norma baharu – TYT

NORMA BAHARU-Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

DIYANA SAMSUDDIN

KUCHING: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini diraikan dengan norma baharu dengan amalan berjaga-jaga untuk mengekang pandemik Covid-19, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam perutusannya, Tun Taib berkata kali ini rakyat terpaksa. meraikan Hari Raya Aidilfitri sesuai dengan keadaan baru atau seperti yang diiktiraf oleh dunia, ‘New Reality’.

“Kita terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan yang amat berbeza akibat penularan Covid-19 yang bukan saja menular dalam Sarawak dan Malaysia malah seluruh dunia.

“Oleh itu, rakyat harus akur dan mematuhi arahan serta langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2020 semalam.

Tun Taib berkata, Kerajaan Persekutuan dan Negeri terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19 daripada terus merebak.

Beliau mengingati rakyat agar sentiasa mengguna penutup mulut, sarung tangan dan mengamalkan jarak sosial.

Selain itu beliau meminta rakyat menghindari mengelak tempat yang sesak dan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti.

“Saya percaya cara kita meraikan Hari Raya Aidilfitri memerlukan kita menilai cara kita bersuka ria bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang mencapai banyak kemajuan dan kemakmuran,” tegasnya.