Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Zoo Singapura sambut kelahiran orang utan Sumatera
  • GLOBAL

Zoo Singapura sambut kelahiran orang utan Sumatera

Utusan Sarawak 3 hours ago
ZOO Singapura sambut kelahiran istimewa Ayaan, anak Orang Utan Sumatera yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean pertama seumpamanya direkodkan bagi spesies itu.

SINGAPURA: Zoo Singapura menerima kehadiran seekor Orang Utan Sumatera jantan bernama Ayaan yang lahir pada 18 Mac 2026 menerusi pembedahan Caesarean selepas kehamilan berisiko tinggi yang rumit akibat placenta previa.

Ayaan ialah anak kepada Orang Utan Sumatera betina berusia 29 tahun bernama Chomel dan orang utan Sumatera jantan berusia 48 tahun bernama Charlie.

Mandai Wildlife Group dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan prosedur itu dipercayai merupakan kes pertama seumpamanya yang direkodkan bagi orang utan, apabila kedua-dua ibu dan anak berjaya diselamatkan.

“Ayaan, yang namanya bermaksud rahmat, dan ibunya Chomel berada dalam keadaan baik.

“Selepas dua bulan menjalani pemulihan dan proses mengeratkan ikatan di bawah penjagaan di luar kawasan pameran, kedua-duanya kembali ke kawasan pameran orang utan dan boleh dilihat pengunjung,” menurut kenyataan itu.

Menurut pengendali zoo itu, Charlie dan Chomel dipadankan atas saranan Program Pengurusan Spesies Persatuan Zoo dan Akuarium Asia Tenggara (SEAZA) bagi Orang Utan Sumatera, program pembiakan kerjasama serantau yang diselaraskan bersama oleh Mandai Wildlife Group.

Walaupun beberapa usaha pemadanan dilakukan sejak 2018, tiada satu pun membawa kepada persenyawaan yang berjaya, menyebabkan pasukan itu beralih kepada kaedah pembiakan berbantu, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sains Hayat dan Ketua Pegawai Sains Hayat, Dr Cheng Wen-Haur berkata kelahiran Ayaan adalah hasil perancangan teliti dan kerja berpasukan selama bertahun-tahun di sebalik tabir. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerbau mirip rambut perang Donald Trump jadi tarikan menjelang Aidiladha
Next: Kesihatan Puteri Bajrakitiyabha merosot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.