GARETH Bale telah diketepikan daripada skuad Real Madrid untuk perlawanan kedua, pusingan kedua Liga Juara-Juara UEFA menentang Manchester City pada Sabtu.
Zinedine Zidane menamakan 24 pemain pada Khamis untuk perjalanan ke Manchester, yang mana Madrid berhasrat untuk mengatasi kekalahan 2-1 daripada perlawanan pertama untuk mara ke peringkat suku akhir.
Madrid mengesahkan Ramos akan turut serta bersama Skuad walaupun masih digantung perlawanan.
Bale, 31, terkeluar daripada senarai, menambah satu lagi titik rendah musim bergelora buat pemain antarabangsa Wales ini, yang jarang sekali membuat penampilan untuk Madrid musim ini.
Walaupun Madrid berjaya merangkul gelaran La Liga Sepanyol, Bale hanya membuat dua penampilan dalam 11 perlawanan selepas La Liga disambung semula, salah satu daripadanya bermula daripada awal.
Dia digambarkan menjauhkan diri dari perayaan pasukan dengan Zidane setelah kejayaan liga mereka disahkan dan telah menimbulkan kekecohan dengan berpura-pura tertidur ketika perlawanan Madrid menentang Alaves.
Keputusan Zidane untuk mengetepikan Bale sepenuhnya daripada skuad untuk menghadapi City merupakan satu lagi petunjuk yang jelas bahawa jurulatih dari Perancis itu lebih suka menyingkirkan Bale dan gaji 18 juta euro pada musim panas ini.
Tetapi kelab cenderung untuk mengetepikan hasrat merka berikutan jumlah kewangan yang terlibat, selain Bale dan wakilnya menegaskan dia gembira dapat menamatkan kontraknya di Madrid, yang akan berakhir pada tahun 2022.
Ramos akan melakukan perjalanan dengan skuad ke England, walaupun digantung untuk perlawanan tersebut selepas dia dibuang padang pada peringkat akhir perlawanan pertama.
Protokol UEFA akan membolehkan kapten Madrid memasuki stadium dan berada di bilik persalinan dengan para pemain, tetapi dia tidak dapat duduk di bangku pemain simpanan.
Ramos juga harus diuji bersama skuad lain. – AFP