Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ziarah Ramadan beri keceriaan
  • WILAYAH

Ziarah Ramadan beri keceriaan

Utusan Sarawak 2 months ago
BERSYUKUR… Kong Jin Ann menyerahkan sumbangan kepada para penerima di Masjid Darul Falah, Kampung Penan Muslim petang tadi.

BINTULU: Tong Seng Huat meneruskan Program Ziarah Ramadan dengan menyantuni golongan B40, asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim di Kampung Penan Muslim, Batu 10 Jalan Bintulu-Miri, petang tadi.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), sebanyak 100 penduduk menerima sumbangan bakul makanan berisi keperluan asas seperti beras dan gula.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Besar Tong Seng Huat Cawangan Bintulu, Kong Jin Ann kepada para penerima di Masjid Darul Falah, Kampung Penan Muslim.

Menurut beliau, program tersebut adalah sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam melaksanakan CSR bagi membantu masyarakat setempat.

“Kami amat berbangga dapat menyantuni mereka yang memerlukan terutamanya pada bulan yang penuh keberkatan ini. 

“Diharapkan sumbangan kecil ini dapat membawa kegembiraan kepada para penerima,” katanya.

Beliau turut berharap agar inisiatif itu dapat memberi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk turut serta dalam usaha kebajikan terutama sepanjang bulan Ramadan.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: Rebut peluang mohon EFS
Next: Terus perkukuh kesedaran keselamatan kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.